Thursday, June 5

HUSNUZON

Assalamualaikum :)

sudah lama jari jemari tak menari diatas papan kekunci.
seaakan memanggil untuk kembali mencoret sesuatu.

sekadar nak kongsi sesuatu.
sesuatu yang saya sendiri susah nak terapkan dalam diri .

HUSNUZON .
KUNCI KEKUATAN SEBUAH IKATAN.
SEBUAH UKHWAH
SEBUAH HUBUNGAN .


husnuzon maksud bersangka baik kepada orang lain .

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”


bukan senang untuk berhusnuzon .
kerana mainan syaitan itu disetiap pelusuk kehidupan
tapi cubalah ,cubalah untuk husnuzon

jika tiada husnuzon
maka apalah yang tinggal dalam sebuah perhubungan itu.

cubalah 
pujuklah hati agar sentiasa berhunuzon.

insyaAllah .

Mari kita renung sejenak petikan kata-kata dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. 
Ucapkan dalam hatimu :  
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

mari saling mengingati .


6 syaban 1435h



No comments: