Sunday, July 15

sahabat itu menguatkan :)

bismillahirrahmanirrahim:)

nak share something dengan kalian yang Allah sayangi.
nak share gambar yang simple tapi bermakna.

SAHABAT ITU SALING MENGUATKAN!

sebaris ayat.
cukup memberi kesan yang bermakna kepada yang melihat.

baiklah,nak share hadis nie pulak .

"Orang muslim yang mendo'akan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA." (HR. Muslim)

setiap dari kita pasti mempunya sahabat bukan?
ucapkan Alhamdulillah kerana Allah menghadiahkan sahabat kepada anda!
sahabat itu saling menguatkan pabila SUSAH dan SENANG sering BERSAMA.
walau jauh,bukan alasan.
bukankah bicara tanpa suara dari jauh sudah mencukupi?
DOA!
sahabat pasti mendoakan terbaik buat kita.
tidak perlu kita tahu.
cukuplah Allah tahu betapa hebatnya sahabat kita.

kadang saya lemah dengan perasaan sendiri.
memerlukan seseorang untuk saya meluahkan rasa dihati.
memerlukan seseorang untuk melegakan hati saya dengan kalam-kalam Allah.
memerlukan seseorang yang memeluk saya hanya dengan doanya.
siapakah seseorang itu?
itulah SAHABAT.

terima kasih buat sahabat baik saya yang sering menguatkan pabila saya lemah.
terima kasih kerana menunaikan janji  sebagai sahabat.
mungkin zahirnya saya tersenyum gembira.
tapi batinnya hanya Allah tahu isi kita.
saya hanya mampu tersenyum tanpa bicara.
betapa Allah sayangkan saya.
Allah hadirkan sahabat sehebat kalian untuk saya!

Allah tidak pernah membebankan hambaNYA.
Allah uji tanda sayang kerana DIA mahu kita lebih akrab denganNYA .

terima kasih Allah.
terima kasih sahabat.

bicara sahabat .
". Allah jadikan air mata tu bukan tok anda bekukan dy. untk anda mengalirkan air mata."


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)



terjaga di tengah malam.
keheningan malam yang sungguh mengasyikkan.
-bayt salleh n family -



Tuesday, June 19

selamat tinggal semester 4 :)


Bismillahirrahmaniirahim :)


lama rasanya tak mencoret sesuatu di blog buruk nie.
kekangan waktu membataskan segalanya.
tapi Alhamdulillah,Allah permudahkan segalanya.
terima kasih Allah atas penunjuk jalan kehidupan ini.
moga segalanya lebih terpandu dengan dakapan cintaMU :)

Alhamdulillah,tamat jugak akhirnya semester 4.
habis sudah tahun 2,kini dah final year **__**
macam tak percaya pulak dah tahun 3.
sila tembak doa banyak3 buat hana :)

kenangan lalu bermain di minda.
masa tahun pertama dalam kuliah nursing.
hanya Allah yang tahu betapa bebannya dihati.
sebab rasa tak mampu teruskan kuliah.
tapi Allah tahu yang terbaik.
mungkin inilah jalan dariNYA untuk hana menjadi anak-anak panah islam.
insyaAllah,doakan hana :)

moga segalanya Allah redha ^^

terima kasih untuk group B hosp Yan yang banyak membantu sepanjang praktikal,asignment :)
walau banyak dugaan dari mula hingga akhir,kita tetap tempuh bersama walau dengan muka masam,hee
hanya Allah dapat balas jasa kalian.


Dalam kita melangkah, kekadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..
Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang hadir tika itu kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan.. ♥ ~


“Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” ( HR. Muslim). 








Friday, June 1

senyuman ini untuk kalian

'

“Jika Allah mengkehendaki suatu kebaikan pada hambaNYA, maka DIA akan menyegerakan cubaan di alam dunia ini” (HR At Tirmidzi)

moga senyuman hari ini dan seterusnya milik kalian.
berhusnuzon dalam setiap perkara.
jangan sedih andai tiada yang memahai diri kita
tapi sedihlah jika kita tidak mampu untuk memahami diri orang lain.

Dakaplah rahmat Allah yang tersembunyi di sebalik semua ini dalam syukurmu, dalam pasrahmu, dalam redhamu…

Sunday, April 1

:: jodoh dan takdir ::

bismillahirrahmanirrahim

nak share satu lagu dengan kalian.
lagu yang sangat ringkas liriknya tapi dalam maknanya.
hayati dengan indah ya ^^



Selalu Aku Berdoa Kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang Ratu Di Jiwa
Tempat Untuk Kucurahkan Segala Rasa
Perasaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna

Di Kala Aku Keseorangan
Dia Penghibur Dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka Dan Lara Tiada Keresahan

Ya Allah Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Kuharap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerna Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan

Kasihnya Sejati Bukannya Kerna Paksaan 
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Ayu Indahnya Peribadi Insan

"jangan impikan suami seindah saidina ali,andai diri kita tidak sesempurna fatimah az-zahra"

yang psti
cinta Allah diutamakan.
baru layak untuk cinta yang lain.

sempurna itu milik Allah
kurang itu milik insan 
-bayt rufaidah-