Thursday, June 5

HUSNUZON

Assalamualaikum :)

sudah lama jari jemari tak menari diatas papan kekunci.
seaakan memanggil untuk kembali mencoret sesuatu.

sekadar nak kongsi sesuatu.
sesuatu yang saya sendiri susah nak terapkan dalam diri .

HUSNUZON .
KUNCI KEKUATAN SEBUAH IKATAN.
SEBUAH UKHWAH
SEBUAH HUBUNGAN .


husnuzon maksud bersangka baik kepada orang lain .

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”


bukan senang untuk berhusnuzon .
kerana mainan syaitan itu disetiap pelusuk kehidupan
tapi cubalah ,cubalah untuk husnuzon

jika tiada husnuzon
maka apalah yang tinggal dalam sebuah perhubungan itu.

cubalah 
pujuklah hati agar sentiasa berhunuzon.

insyaAllah .

Mari kita renung sejenak petikan kata-kata dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. 
Ucapkan dalam hatimu :  
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

mari saling mengingati .


6 syaban 1435h



Sunday, August 25

saya jururawat :)

bismillahirrahmanirrahim.

Allahu.bersabuk.bersawang blog ini.
kekangan waktu membataskan segalanya.

Alhamdulillah.
saya hanani salleh telah tamat pengajian dalam bidang kejururawatan .3 tahun. 
pelbagai memori dicoret dalam diari hidup.
suka duka tawa gembira semua sudah dikunci sebaiknya dalam hati.

ampun dan maaf saya pinta buat kalian kuliah jururawat sesi 3/10 andai sepanjang mengenali hamba Allah yang hina ini terlalu banyak menyakiti hati kalian dalam keadaan tidak sedar.moganya ukhwah kita terus berpanjangan.insyaAllah .

buat para pensyarah yang banyak membantu.terima kasih.hanya itu ungkapan berharga mampu saya ucapkan kerana ilmu yang dicurahkan tiada harganya.

alhamdulillah.doakan saya.doakan saya.doakan saya.

doakan juga buat saudara islam kita nun jauh disana syria dan mesir.bukan doa bermusim.tapi doa berpanjangan.

hanya ini mampu saya coretkan.maaf.

SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN .


Sunday, July 15

sahabat itu menguatkan :)

bismillahirrahmanirrahim:)

nak share something dengan kalian yang Allah sayangi.
nak share gambar yang simple tapi bermakna.

SAHABAT ITU SALING MENGUATKAN!

sebaris ayat.
cukup memberi kesan yang bermakna kepada yang melihat.

baiklah,nak share hadis nie pulak .

"Orang muslim yang mendo'akan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA." (HR. Muslim)

setiap dari kita pasti mempunya sahabat bukan?
ucapkan Alhamdulillah kerana Allah menghadiahkan sahabat kepada anda!
sahabat itu saling menguatkan pabila SUSAH dan SENANG sering BERSAMA.
walau jauh,bukan alasan.
bukankah bicara tanpa suara dari jauh sudah mencukupi?
DOA!
sahabat pasti mendoakan terbaik buat kita.
tidak perlu kita tahu.
cukuplah Allah tahu betapa hebatnya sahabat kita.

kadang saya lemah dengan perasaan sendiri.
memerlukan seseorang untuk saya meluahkan rasa dihati.
memerlukan seseorang untuk melegakan hati saya dengan kalam-kalam Allah.
memerlukan seseorang yang memeluk saya hanya dengan doanya.
siapakah seseorang itu?
itulah SAHABAT.

terima kasih buat sahabat baik saya yang sering menguatkan pabila saya lemah.
terima kasih kerana menunaikan janji  sebagai sahabat.
mungkin zahirnya saya tersenyum gembira.
tapi batinnya hanya Allah tahu isi kita.
saya hanya mampu tersenyum tanpa bicara.
betapa Allah sayangkan saya.
Allah hadirkan sahabat sehebat kalian untuk saya!

Allah tidak pernah membebankan hambaNYA.
Allah uji tanda sayang kerana DIA mahu kita lebih akrab denganNYA .

terima kasih Allah.
terima kasih sahabat.

bicara sahabat .
". Allah jadikan air mata tu bukan tok anda bekukan dy. untk anda mengalirkan air mata."


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)



terjaga di tengah malam.
keheningan malam yang sungguh mengasyikkan.
-bayt salleh n family -