Sunday, July 15

sahabat itu menguatkan :)

bismillahirrahmanirrahim:)

nak share something dengan kalian yang Allah sayangi.
nak share gambar yang simple tapi bermakna.

SAHABAT ITU SALING MENGUATKAN!

sebaris ayat.
cukup memberi kesan yang bermakna kepada yang melihat.

baiklah,nak share hadis nie pulak .

"Orang muslim yang mendo'akan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA." (HR. Muslim)

setiap dari kita pasti mempunya sahabat bukan?
ucapkan Alhamdulillah kerana Allah menghadiahkan sahabat kepada anda!
sahabat itu saling menguatkan pabila SUSAH dan SENANG sering BERSAMA.
walau jauh,bukan alasan.
bukankah bicara tanpa suara dari jauh sudah mencukupi?
DOA!
sahabat pasti mendoakan terbaik buat kita.
tidak perlu kita tahu.
cukuplah Allah tahu betapa hebatnya sahabat kita.

kadang saya lemah dengan perasaan sendiri.
memerlukan seseorang untuk saya meluahkan rasa dihati.
memerlukan seseorang untuk melegakan hati saya dengan kalam-kalam Allah.
memerlukan seseorang yang memeluk saya hanya dengan doanya.
siapakah seseorang itu?
itulah SAHABAT.

terima kasih buat sahabat baik saya yang sering menguatkan pabila saya lemah.
terima kasih kerana menunaikan janji  sebagai sahabat.
mungkin zahirnya saya tersenyum gembira.
tapi batinnya hanya Allah tahu isi kita.
saya hanya mampu tersenyum tanpa bicara.
betapa Allah sayangkan saya.
Allah hadirkan sahabat sehebat kalian untuk saya!

Allah tidak pernah membebankan hambaNYA.
Allah uji tanda sayang kerana DIA mahu kita lebih akrab denganNYA .

terima kasih Allah.
terima kasih sahabat.

bicara sahabat .
". Allah jadikan air mata tu bukan tok anda bekukan dy. untk anda mengalirkan air mata."


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)



terjaga di tengah malam.
keheningan malam yang sungguh mengasyikkan.
-bayt salleh n family -